亚庇中学 > Co-Curriculum News > PERTANDINGAN e-KREATIVITI DALAM TALIAN

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Semua murid mesti mengisi borang penyertaan dalam Google Forms di bawah.

2. Semua warga STKK berhak mengundi dengan http://tiny.cc/gjbnoz.

3. Tema pertandingan infografik berbentuk gambar adalah bebas, iaitu semua bahan kegunaan harian seperti makanan, minuman, alat-alat, bahan kitar semula, patung-patung kegemaran dan sebagainya.

4. Peserta boleh menggunakan sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.

5. Peserta boleh memilih skop tertentu untuk menghasilkan infografik tersebut. Nota kaki tarikh data diambil adalah wajib.

6. Penilaian adalah berdasarkan pengundian peserta yang tertinggi. Hanya 5 orang yang mempunyai pengundian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang. Keputusan tersebut adalah muktamad.

7. Penyertaan peserta mestilah merangkumi :
i. Kreativiti karya sendiri dalam infografik berbentuk gambar yang berwarna.
ii. Nota kaki tarikh data diambil adalah wajib.
iii. Format gambar yang ditetapkan adalah JPEG atau PNG bersaiz sekurang-kurangnya 2MB. Dimensi letter 8.5 x 11 in (landskap atau potret).
iv. Penerangan ringkas mengenai gambar tersebut (cara-cara mempromosikan bahan dalam gambar tersebut).
v. Perlu muat naik dalam link PADLET yang disediakan.

8. Infografik yang dihantar hendaklah dihasilkan oleh peserta sendiri. Sekiranya didapati poster yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dbatalkan serta-merta.

9. Setiap karya juga mestilah tidak pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan infografik.

10. Penggunaan kamera sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital untuk menghasilkan grafik adalah dibenarkan. Penggunaan gambar hak cipta orang lain yang diambil melalui Internet adalah dilarang.

11. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian dan bahan (template atau rangka) yang sedia ada, namun keupayaan dan kreativiti peserta yang akan membezakan pengundian peserta.

12. TIDAK dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik dalam penghasilan karya sendiri.

13. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke http://tiny.cc/gjbnoz selewat-lewatnya pada 31 Mei 2020.

 

About Author