亚庇中学 > Pusat Sumber STKK

Pusat Sumber STKK

图书馆/资料室 Pusat Sumber

Makna Logo

1949 merupakan tahun penubuhan sekolah

Daun melambangkan pertumbuhan dan perkembangan kendiri melalui membaca.

Buku melambangkan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan.

Warna hijau bermaksud kerajinan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan.

Warna putih bermaksud keikhlasan dan ketekunan.

Warna merah bermaksud keyakinan dan ketekunan.

Warna hijau muda bermaksud kegigihan dan ketabahan

MISI

Melahirkan pelajar STKK yang mahir dalam pencarian maklumat melalui pembacaan dan kemudahan teknologi.

 

VISI

Membudayakan penggunaan media dan teknologi pendidikan dalam kalangan warga Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

 

OBJEKTIF

Pusat Sumber STKK berhasrat untuk :

1.  Melatih pelajar dalam memperoleh pengetahuan dan memupuk kemajuan kendiri melalui tabiat membaca.

2.  Berkhidmat sebagai pusat pameran sumber berkualiti untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

3.  Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berbeza antara satu dengan lain.

4.  Membantu para guru dan pelajar dalam usaha menghasil dan menilai pelbagai bahan pengajaran-pembelajaran.

 

Pusat Sumber Sekolah terdiri dari :

1. Perpustakaan

2. Bilik Multimedia

3. Pusat Akses

4. Bilik APD

5. Bilik-bilik khas

 

Bahan-bahan di perpustakaan:

1. Buku - fiksyen / Bukan fiksyen.

2. Bahan-bahan berkala - surat khabar,  majalah, risalah, laporan tahunan.

3. Buku-buku rujukan -  ensiklopedia, kamus, buku motivasi ,  buku-buku kerja  dan  hasil kerja pelajar ( projek ).

4. Komputer  dan Internet.

5. Cakera Padat Mata Pelajaran.

6. PPSMI Teaching Courseware.

 

Alat-alat dan Kemudahan di Bilik  Multimedia:

  • Televisyen
  • Video
  • Projektor LCD
  • Astro
  • WIFI

 

Masa Operasi / Masa Pembukaan

  • Isnin - Jumaat: 7.00 pagi - 4.30 petang
  • Sabtu: 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
  • Cuti Umum: Tutup

 

Keahlian

  • Semua guru dan pelajar STKK
  • Kakitangan bukan mengajar STKK

 

Aktiviti berterusan

Kempen Menaja Buku

  • Sila menaja sebuah buku untuk perpustakaan STKK.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Masidah Binti Abu Bakar atau Cikgu Lai Nyuk Pin (Tel: 088-211788)