亚庇中学 > Co-Curriculum News > Pertandingan Video Pendek: Kelab Pencinta Alam

Jemputan untuk rakan-rakan Ahli Kelab Pencinta Alam Sekolah (KPA),

SELAMAT HARI TAPIR SEDUNIA! Tahukah anda tapir dijadikan simbol kelab kita kerana mamalia herbivor ini memainkan peranan menyemai biji-biji benih tumbuhan di dalam hutan, bagi memastikan hutan tersebut mempunyai jumlah makanan yang mencukupi untuk mereka sendiri dan haiwan-haiwan lain. Tapir juga memastikan keseimbangan ekosistem hutan secara keseluruhan.

Kita patut mencontohi tapir yang tidak mementingkan diri, selalu bantu orang lain & pandai menjaga kawasan tempat tinggalnya.

MARI KITA SAMBUT SEMANGAT INI DI RUMAH DENGAN KREATIF!

SYARAT PERTANDINGAN VIDEO

1.TEMPOH PERTANDINGAN: 27 April – 15 Mei 2020
2.Terbuka kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam (KPA) berumur dari 7 hingga 18 tahun.
3. Panjang video hendaklah antara 45-60 saat di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

4. Nyatakan:
Pengenalan diri ringkas
-Apakah aktiviti menarik yang telah anda lakukan untuk menjaga alam sekitar
-Saranan anda kepada masyarakat dalam usaha menjaga alam semulajadi & alam sekitar
-Beri galakan kepada rakan-rakan untuk menjadi ahli atau sertai aktiviti Kelab Pencinta Alam (KPA) di sekolah atau di negeri anda.

??MEMUAT NAIK VIDEO di akaun Instagram:
-Taip “Happy World Tapir Day! [Nama Anda, Nama Sekolah]”
-Taip #tapirday2020 #mnsmalaysia #kelabpencintaalam
-Aktifkan butang “Also post to Facebook” dan klik “Share”

Isi borang penyertaan online: https://forms.gle/jMxAnJW9rsTDZpbm7

HADIAH
 ?3 VIDEO TERBAIK, RM150 & teddy Tapir MNS Limited Edition

?10 PEMENANG SAGUHATI, teddy Tapir MNS Limited Edition

?SIJIL PENYERTAAN (peringkat nasional) akan diberikan kepada semua peserta yang terlibat

Sekian, terima kasih. Stay Safe Everyone!

Kelab Pencinta Alam (KPA)
MNS 80th Anniversary – In Harmony with Nature, since 1943

Pertanyaan, sila ajukan dalam Facebook Kelab Pencinta Alam atau Akaun IG KPA

About Author