亚庇中学 > Co-Curriculum News > Pertandingan Poster Amalan Hidup Hijau

Selamat Sejahtera.

Untuk makluman, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) menganjurkan PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER KREATIF dengan menawarkan hadiah terkumpul lebih RM4000 untuk dimenangi !

Pertandingan terbuka kepada pelajar sekolah berumur 18 tahun ke bawah.

Jadi serlahkan bakat adik-adik dengan mencipta poster kreatif bertemakan “AMALAN HIDUP HIJAU SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN” dengan johan pertandingan bakal memenangi wang tunai RM750.

Jangan lepaskan peluang dan daftar SEGERA kerana pertandingan dibuka mulai 24 APRIL hingga 12 MEI 2020 sahaja.

Daftar dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat pertandingan dengan melayari :

https://bit.ly/PosterKreatifAmalanHidupHijau

Ingat, patuhi PKP dan pastikan ciptaan poster dibuat di rumah sahaja adik-adik semua.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semoga berjaya kepada semua peserta.

#AmalanHidupHijauBermulaDiRumah
#GayaHidupHijauMalaysia
#KetSAPenghijauanMalaysia

About Author