亚庇中学 > Co-Curriculum News > Pertandingan Fun With Coding 2020

Kriteria/Tatacara Penyertaan:

  1. Pertandingan Fun With Coding 2020 adalah anjuran Kelab Komputer Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
  2. PENYERTAAN Ahli Kelab Komputer STKK adalah DIGALAKKAN. Penyertaan juga terbuka kepada BUKAN Ahli Kelab Komputer STKK dengan syarat peserta adalah murid STKK.
  3. Peralatan yang diperlukan untuk pertandingan ini adalah komputer peribadi / komputer riba (laptop) / tablet (Android atau IOS) dengan sambungan Internet serta mempunyai pelayar web (web browser). Penggunaan telefon pintar TIDAK DIGALAKKAN kerana aplikasi tidak dioptimumkan (optimize) melalui telefon pintar.
  4. Murid-murid yang berminat DIKEHENDAKI untuk mengisi borang penyertaan melalui Google Form di bawah. Murid-murid digalakkan menggunakan emel RASMI Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu email @moe-dl.edu.my. TARIKH TUTUP PENYERTAAN adalah 9 September 2020.
  5. Peserta-peserta yang telah mendaftar akan diberikan secret word dalam emel masing-masing SEJAM (antara 7.00 pagi hingga 8.00 pagi) sebelum pertandingan bermula.
  6. Setelah berjaya mendapatkan secret word dalam emel masing-masing, peserta dikehendaki melayari laman https://studio.code.org/join/YZMCFP atau pergi ke code.org dengan klik butang ‘sign in’ dan memasukkan section code YZMCFP dalam kotak section code. Selepas itu, peserta perlu klik nama peserta masing-masing, taip secret word dan tekan butang ‘sign in’. Tatacara login pertandingan ini ditunjukkan di bawah.
  7. Pertandingan akan bermula pada 12 September 2020 (8.00 pagi) hingga 13 September 2020 (8.00 malam). TIADA MASA TAMBAHAN diberikan selepas masa pertandingan tamat tepat pada jam 8.00 malam.
  8. E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
  9. Pemilihan pemenang dikira melalui kebolehan peserta-peserta untuk menghabiskan seberapa banyak tugasan mengikut jurang masa yang diberikan.
  10. Hadiah menarik akan diberikan kepada 3 peserta TERBAIK bagi Kategori Menengah Rendah dan Atas.
  11. Sebarang pertanyaan sila emel kepada Cikgu Nor Ain Binti Mohtar ([email protected]), Cikgu Antonius Tan ([email protected]) atau Cikgu Erliani Binti Md Yusof ([email protected]).

 

About Author