Kriteria/Tatacara Penyertaan:
- Pertandingan Fun With Coding 2020 adalah anjuran Kelab Komputer Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
- PENYERTAAN Ahli Kelab Komputer STKK adalah DIGALAKKAN. Penyertaan juga terbuka kepada BUKAN Ahli Kelab Komputer STKK dengan syarat peserta adalah murid STKK.
- Peralatan yang diperlukan untuk pertandingan ini adalah komputer peribadi / komputer riba (laptop) / tablet (Android atau IOS) dengan sambungan Internet serta mempunyai pelayar web (web browser). Penggunaan telefon pintar TIDAK DIGALAKKAN kerana aplikasi tidak dioptimumkan (optimize) melalui telefon pintar.
- Murid-murid yang berminat DIKEHENDAKI untuk mengisi borang penyertaan melalui Google Form di bawah. Murid-murid digalakkan menggunakan emel RASMI Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu email @moe-dl.edu.my. TARIKH TUTUP PENYERTAAN adalah 9 September 2020.
- Peserta-peserta yang telah mendaftar akan diberikan secret word dalam emel masing-masing SEJAM (antara 7.00 pagi hingga 8.00 pagi) sebelum pertandingan bermula.
- Setelah berjaya mendapatkan secret word dalam emel masing-masing, peserta dikehendaki melayari laman https://studio.code.org/join/YZMCFP atau pergi ke code.org dengan klik butang ‘sign in’ dan memasukkan section code YZMCFP dalam kotak section code. Selepas itu, peserta perlu klik nama peserta masing-masing, taip secret word dan tekan butang ‘sign in’. Tatacara login pertandingan ini ditunjukkan di bawah.
- Pertandingan akan bermula pada 12 September 2020 (8.00 pagi) hingga 13 September 2020 (8.00 malam). TIADA MASA TAMBAHAN diberikan selepas masa pertandingan tamat tepat pada jam 8.00 malam.
- E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
- Pemilihan pemenang dikira melalui kebolehan peserta-peserta untuk menghabiskan seberapa banyak tugasan mengikut jurang masa yang diberikan.
- Hadiah menarik akan diberikan kepada 3 peserta TERBAIK bagi Kategori Menengah Rendah dan Atas.
- Sebarang pertanyaan sila emel kepada Cikgu Nor Ain Binti Mohtar ([email protected]), Cikgu Antonius Tan ([email protected]) atau Cikgu Erliani Binti Md Yusof ([email protected]).