Atlet tenpin boling SM Tinggi Kota Kinabalu, Nur Jehan Iezzaty Suffian telah dipilih untuk menyertai pasukan boling remaja kebangsaan.
Pencapaian cemerlang Nur Jehan dalam beberapa kejohanan tenpin boling seperti Sportexcel Sabah dan Sarawak serta Grand Final Selangor telah menjamin kedudukan beliau dalam pasukan remaja kebangsaan.
Semoga Nur Jehan akan terus mengharumkan nama sekolah, Sabah dan Malaysia dalam arena boling.
Tahniah!