亚庇中学 > PIBG > Program Kembara Pendidikan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

1.

Nama Aktiviti

Program Kembara Pendidikan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

2.

Peringkat

Daerah

 

3.

Tarikh

12 Jan 2023

 

4.

Tempat aktiviti

Dewan Datuk Wong Tze Fatt

 

5.

Anjuran

PDRM DAN SM Tinggi Kota Kinabalu 

 

6.

Penceramah/

Urusetia kursus

YDH ACP MOHD ZAIDI BIN ABDULLAH

KETUA POLIS DAERAH KOTA KINABALU

7.

 

Objektif

1.     Merealisasikan Program SEKOLAHKU SEJAHTERA, SEPAKAT & SELAMAT yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri untuk menangani gejala buli dan penglibatan dadah dalam kalangan murid.

2.     Mendekati dan menjalinkan hubungan baik antara PDRM Kota Kinabalu dengan barisan kepimpinan dan tenaga pengajar SMTKK.

3.     Perkongsian pengetahuan dan pengalaman kepolisan dengan pengetua, barisan kepimpinan dan tenaga pengajar SMTKK ke arah mencapai matlamat melahirkan murid cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri /disiplin.

4.     Medium untuk memantapkan peranan dan komitmen Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Aktiviti – aktiviti bulanan PPS akan dapat dilaporkan terus kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.

5.     Medium yang berkesan untuk membincangkan dan menangani kes-kes jenayah yang berkait rapat dengan murid seperti kes-kes gaduh/buli & dadah serta kes seksual/rogol bawah umur, kes sumbang mahram dan kes-kes berkaitan disiplin murid seperti kes ponteng sekolah, merokok dan lain- lain.

6.      Sebagai usaha bersama PDRM Kota Kinabalu dan pihak SMTKK untuk mewujudkan suasana selamat di dalam kawasan sekolah dan juga di persekitaran luar sekolah.

 

 

Kehadiran

*A) KEHADIRAN PDRM*

1. ACP Mohd Zaidi Bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

2. DSP Lee Nyuk Kim, KBPJKK

3. DSP Jo Ak Hang, KBSPT

4. ASP V. Nares Kumar A/L Verapan KBSJKD

5. ASP Amirrul Farin Bin Shamsudin,  KBLog

6. ASP Khairu Amra Bin Haron, KBIPS

7. ASP Mohd Idzam Bin Abdul Rahim, KBSJND

8. INSP Stephanie Anak Silom, BSJK

9. SI Mohd Rashidi Bin Nawawi KPB Luyang

10. Anggota BPJKK 10 Orang

11. Anggota Seni Mempertahankan Diri 09 Orang

 

*B) KEHADIRAN Pegawai Perhubungan Sekolah*

1. ASP Syed Abdul Rahman Bin Syed Mohsin

2. INSP Nur Aisyah Binti Mahabob

 

*C) KEHADIRAN PIHAK SEKOLAH*

1. Puan Lily Wong Bitt Lee

(Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu)

 

2. En. Pao Ong Kiew (Bendahari Lembaga Pengelola Sekolah)

 

3. Dr. Lim Cheng Kooi

(Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru)

 

4. Puan Fung Yun Fon

(Ahli PIBG)

 

5. Barışan Penolong Kanan

 

Pn. Prisca George —Penolong Kanan Pentadbiran

 

Pn. Neoh Lay Goh -penolong kanan  Hal Ehwal Murid

 

Pn. Chong Oi Yun -penolong kanan KoKurikulum

 

En. Joakim bin Samin – penolong kanan Tingkatan 6

 

6. Guru-guru disiplin

 

7. Guru kor Kadet Polis

8.

 

Murid yang terlibat

520 murid tingkatan 3 dan 4

9.

 

Bilangan guru terlibat

 25 orang guru

10.

 

Ulasan

Program ini membuktikan kepada pihak sekolah, pelajar dan masyarakat bahawa PDRM bukan sahaja berperanan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam bahkan komited untuk membantu pihak sekolah bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri/disiplin.

Pengetua sekolah berharap para pelajar akan mendapat input yang bermakna daripada amanat Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu dan diharap kerjasama erat antara PDRM Kota Kinabalu dan SMTKK akan berterusan.

Beliau juga mengumumkan hasrat SMTKK agar dijadikan Sekolah Angkat PDRM Kota Kinabalu yang pertama diterima baik oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. Justeru, diharap SMTKK dapat menjadi sekolah contoh dengan sifar jenayah pada masa akan datang.

About Author