亚庇中学 > Co-Curriculum News > Laporan Kuiz Sukan & Permainan Peringkat Negeri 2020

Dari 1 Jun hingga 30 Jun Tahun 2020, SM Tinggi Kota Kinabalu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan  Daerah Kota Kinabalu dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Sukan & Permainan Atas Talian Peringkat Negeri Sabah untuk semua murid sekolah menengah negeri Sabah.

Kuiz atas talian berkenaan mengandungi 40 soalan aneka pilihan yang berfokuskan kemahiran, peraturan, peralatan dan ukuran gelanggang. Peserta-peserta kuiz akan mendapat E-Sijil jika pencapaian adalah 80 peratus dan ke atas.

Hasil daripada pertandingan tersebut, seramai 9387 murid telah mengambil bahagian dan daripada jumlah berkenaan seramai 3054 murid telah mencapai 80 peratus dan ke atas. Jadual di bawah menunjukkan analisis penglibatan murid seluruh negeri Sabah. 

Pihak Sekolah Tinggi Kota Kinabalu ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam Pertandingan Kuiz Sukan & Permainan Atas Talian Peringkat Negeri Sabah ini.

About Author