亚庇中学 > Recent News > Kajian Kekerapan Masa dan Mod Kenderaan Murid Ke Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

Salam sejahtera semua Warga Sekolah Tinggi Kota Kinabalu,

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 10 Jun 2020, seluruh sekolah menengah di Malaysia termasuk Sekolah Tinggi Kota Kinabalu akan dibuka semula (untuk Tingkatan 5 dan 6 Atas) bermula 24 Jun 2020. Semua tingkatan 5 akan bermula sesi PdPc (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) pada jam 7.30 am manakala masa tamat sekolah adalah dipecahkan seperti berikut:

Kelas / Tingkatan Masa Tamat (Isnin – Khamis) Masa Tamat (Jumaat)
5 Amanah 1.40 pm 12.10 pm
5 Bestari 1.40 pm 12.10 pm
5 Ceria 1.40 pm 12.10 pm
5 Kreatif 1.40 pm 12.10 pm
5 Mulia 1.40 pm 12.10 am
5 Rajin 1.10 pm 11.40 am
5 Sabar 1.10 pm 11.40 am
5 Tekun 1.10 pm 11.40 am

Bagi memastikan SOP PKP Pemulihan dapat dipatuhi dengan berkesan, semua murid Tingkatan 5 perlu HADIR ke sekolah selewat-lewatnya jam 7.15 am iaitu 15 minit sebelum PdPc bermula pada jam 7.30 am.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk murid Tingkatan 5 mengisi borang kajian di bawah bagi membuat tinjauan kekerapan masa serta mod kenderaan murid pergi dan balik dari Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Terima kasih.

 

About Author