亚庇中学 > Academic News > Drone Edu Challenge IR 4.0 (DEC4IR) Peringkat Akhir

Pada 5 Ogos 2023, Pasukan dari SM Tinggi Kota Kinabalu dengan nama Pasukan Hikki (terdiri daripada 2 orang murid dari kelas 5 Bestari Kohort 2023 iaitu Chong Sing Kiat dan Tatiana Tony James) telah mengikuti Pertandingan Kuiz Drone Dalam Talian yang terbesar di Malaysia iaitu Drone Edu Challenge IR 4.0 (DEC4IR). Hasil daripada penyertaan mereka, pasukan ini berjaya layak ke peringkat akhir dalam kategori KPM – Menengah Atas bersama-sama dengan 15 pasukan yang lain di seluruh Malaysia.

Pada peringkat akhir, semua pasukan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pihak penganjur iaitu Universiti Teknologi Malaysia sebelum atau pada 17 September 2023. Pasukan Hikki telah berusaha menghasilkan drone yang berfungsi dengan pengekodan melalui aplikasi Tinkercad dan DEC4IR Drone Simulator. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan masa, pasukan ini berjaya menghantar tugasan sebelum tarikh tutup.

Pada 23 September 2023, satu sesi temubual bersama-sama dengan panel juri dari industri, akademia dan komuniti telah diadakan sebagai tugasan terakhir bagi menentukan kedudukan kesemua finalis yang bertanding. Akhirnya pada 22 Oktober 2023, pihak penganjur telah mengumumkan keputusan dan Pasukan Hikki telah berjaya mendapat kedudukan ke-7 daripada 16 finalis yang bertanding. Mereka juga telah memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100. Tahniah kepada Pasukan Hikki atas hasil usaha anda.

About Author