Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6
Berikut adalah syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini :-
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus sejarah.
2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.
Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6
- Jurusan Sains
Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Matematik / Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan/Information And Communication Technology/Pengajian Agroteknologi
- Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian
- Jurusan Kemanusiaan/Sains Sosial
i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
- Sejarah
- Geografi/ Pendidikan Seni Visual
- Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik / Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun /
- English For Science And Technology
- Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
KEMASUKKAN KE TINGKATAN 6 SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU TAHUN 2021
Pelajar Sekolah Sendiri
Pelajar lepasan SPM Tahun 2020 dari Sekolah Tinggi Kota Kinabalu yang berminat masuk ke tingkatan 6 Sekolah Tinggi Kota Kinabalu:
1. Tidak perlu memohon kepada Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
2. Tawaran kemasukkan ke Tingkatan 6 adalah secara “automatic” dari Kementerian Pendidikan Malaysia sekiranya pelajar tersebut layak. (Sila rujuk kelayakan kemasukkan ke tingkatan 6 di atas)
3. Semakan Surat Tawaran kemasukkan ke tingkatan 6 boleh dibuat di https://www.moe.gov.my/ setelah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran.
4. Pendaftaran ke Tingkatan 6 rendah akan diumumkan kemudian.
5. Pelajar akan mulakan sesi persekolahan baru tahun 2021 sebaik sahaja selepas pendaftaran (tunggu pengumuman KPM) .
Pelajar Dari Sekolah Luar
1. Pelajar dari sekolah luar perlu memohon kepada Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
2. Pelajar boleh hantar keputusan SPM 2020 melalui whatsapp / telegram kepada Cikgu Joakim (Tel : 019-8607140), atau hantar slip peperiksaan SPM ke pejabat sekolah.
3. Sertakan apa-apa dokumen yang boleh menyokong permohon anda .
4. Sila nyatakan aliran (Sains @ Sains Sosial) yang diminati.
5. Pelajar yang Berjaya akan dihubungi kemudian.
6. Seandainya tidak menerima apa-apa panggilan dari sekolah selepas tarikh pendaftaran rasmi, maksudnya permohonan anda gagal.
(Terima kasih kerana berminat belajar di STKK)