亚庇中学 > Academic News > Program Intensif ICT Ditaja Penuh Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah
photo_2020-10-24_14-32-41

Bermula 02 September hingga 10 September 2020, SM Tinggi Kota Kinabalu dengan kerjasama Kolej AMC telah menganjurkan Program Intensif ICT yang mana program ini ditaja penuh oleh Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah.

Tujuan Program Intensif ICT adalah untuk memberi pendedahan serta pengenalan kepada Pengaturcaraan PHP iaitu aspek pengaturcaraan berasaskan web. Di samping itu juga, bengkel pengaturcaraan PHP ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan laman web interaktif dengan sendiri.

Program Intensif ICT melibatkan 2 Kelas (Tingkatan 4 Amanah dan 4 Kreatif) seramai 86 orang serta merupakan kumpulan murid yang mengambil Subjek Sains Komputer bertempat di dua makmal komputer, Blok IT sekolah. Bagi mematuhi SOP semasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), durasi 7 jam untuk satu kelas telah dipecahkan kepada 2 sesi dari jam 10.40 am hingga 2.10 pm di dalam dua makmal komputer. Berikut adalah butir-butir tentang pelaksanaan program berkenaan:

Kelas Terlibat: 4 Amanah dan 4 Kreatif
Jumlah Murid:

 

37 orang (4 Amanah)

49 orang (4 Kreatif)

Tempat:

Makmal Komputer 1 dan 2, Blok IT Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

Bilangan Komputer Peribadi:

 

35 buah – Makmal Komputer 1

40 buah – Makmal Komputer 2

Tajuk Kursus: Programming Language (PHP) level 1
Durasi Kursus: 7 jam
Tarikh Pelaksanaan:  
Kelas Kursus Tarikh (Hari) Masa (Durasi) Tempat Bilangan Murid
4 Amanah PHP 02 September 2020 (Rabu) Sesi 1: 10.40 am – 2.10 pm

 

(3 jam 30 minit)

Makmal Komputer 1 17
Makmal Komputer 2 20
PHP 09 September 2020 (Rabu) Sesi 1: 10.40 am – 2.10 pm

 

(3 jam 30 minit)

Makmal Komputer 1 17
Makmal Komputer 2 20
4 Kreatif PHP 03 September 2020 (Khamis) Sesi 1: 10.40 am – 2.10 pm

 

(3 jam 30 minit)

Makmal Komputer 1 24
Makmal Komputer 2 25
PHP 10 September 2020 (Khamis) Sesi 2: 10.40 am – 2.10 pm

 

(3 jam 30 minit)

Makmal Komputer 1 24
Makmal Komputer 2 25

Pihak sekolah mengharapkan dengan terlaksananya Program Intensif ICT ini, murid-murid dapat bersedia untuk menghasilkan Projek Laman Web Interaktif berasaskan PHP seperti yang dikehendaki dalam Sains Komputer Kertas 2 SPM Tahun 2020/21.

Fasilitator memberikan panduan dan tunjukcara pengaturcaraan PHP.
Murid menghasilkan aturcara berasaskan PHP.
Fasilitator AMC membimbing murid.
Guru Panitia Sains Komputer (Cikgu Juliah Bt. Jumpil) sebagai guru pembimbing.

About Author