Surat Siaran (2) - Masa Persekolahan pada 13 dan 21 Feb 2008

Date 2008/2/13 2:40:00 | Topic: Announcements and Notices

Tarikh : 11 Februari 2008

Kepada,
Semua ibu bapa/ bapa / penjaga,
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu,

Tuan/Puan,

SURAT SIARAN (2) UNTUK MAKLUMAN TENTANG MASA PERSEKOLAHAN PADA 13 DAN 21 FEBRUARI 2008

Perkara di atas dirujuk.

2. Kejohanan MSSD Zon Kota Kinabalu Selatan
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu telah diberi tanggungjawab sebagai pengelola Kejohanan MSSD Zon Kota Kinabalu Selatan 2008 pada 11 hingga 13 Februari 2008, di Stadium Likas.Oleh itu masa persekolahan pada 13 Februari 2008 ( Rabu ) sehingga 1.00 petang .Ini berikutan majlis Penutupan Kejohanan akan diadakan bertempat di Stadium Likas bermula jam 2.00 petang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan pelajar dijemput hadir ke majlis tersebut.

3. Chap Goh Mei
Sempena sambutan Chap Goh Mei, pada 21 Februari 2008 ( Khamis ) masa persekolahan pada hari tersebut hanya sehingga jam 12 tengahari sahaja.

4. Minta kerjasama pihak tuan / puan menguruskan hal kenderaan anak jagaan tuan / puan pada hari-hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “


Saya yang menjalankan tugas,

(OOI HIEU SENG )
Penolong Kanan 1,
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.



This article comes from Kota Kinabalu High School
http://kkhs.edu.my

The URL for this story is:
http://kkhs.edu.my/modules/news/article.php?storyid=40