PENANGGUHAN TARIKH MULA SESI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Date 2015/1/2 4:01:20 | Topic: Announcements and Notices

Berikutan banjir yang telah melanda negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menagguhkan tarikh permulaan sesi penggal persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015. Tarikh permulaan persekolahan bagi Sekolah Tinggi Kota Kinabalu ialah 12 Januari 2015, mengikut sekolah lain yang termasuk dalam Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Perkara-perkara berikut juga dimaklumkan:

- Pendaftaran kes rayuan (yang berjaya, sudah dapat kelulusan sahaja) dan pendaftaran tertangguh ditunda ke 12 Januari 2015 semasa orientasi Tingkatan 1

- Pendaftaran murid bermasalah adalah pada 19 Januari 2015

- Program Orientasi untuk pelajar baru (Tingkatan 1 & Peralihan) juga bermula pada 12 Januari 2015. Sehubungan itu, taklimat untuk ibu bapa akan berlangsung pada hari yang sama dari pukul 7:00 - 9:00 pagi.

- Semua permohonan pertukaran / pindah ke Sekolah Tinggi Kota Kinabalu sudah ditutup.


Harap maklum


This article comes from Kota Kinabalu High School
http://kkhs.edu.my

The URL for this story is:
http://kkhs.edu.my/modules/news/article.php?storyid=218