Surat Siaran Untuk Makluman Tentang Program STKK

Date 2007/9/28 21:00:00 | Topic: Announcements and Notices

Surat Siaran.
Tarikh : 28 SEPT 2007

Kepada,
Semua ibu bapa/penjaga pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.


Tuan/Puan,

Surat Siaran (3) Untuk Makluman Tentang Program Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah maklumat tentang beberapa program yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada pihak ibu bapa / penjaga.

2.1 Peperiksaan PMR 2007 untuk Tingkatan 3
Pelajar Tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PMR bermula dari 1 Oktober 2007 hingga 5 Oktober 2007. Sila semak jadual PMR yang telah diedarkan kepada pelajar.

2.2 Cuti Belajar untuk Peralihan, 1 dan 2
Oleh kerana bilik darjah di Blok A dan B digunakan sebagai pusat peperiksaan, maka pelajar Tingkatan Peralihan, 1 dan 2 diberikan cuti belajar dari 1 Oktober hingga 5 Oktober 2007. Pelajar dikehendaki kembali ke sekolah pada 8 Oktober untuk menduduki peperiksaan Akhir Tahun 2007.

2.3 Peperiksaan Akhir Tahun/Percubaan (2) SPM, STPM 2007 untuk pelajar Tingkatan 4,5, 6 Rendah dan 6 Atas
Pelajar Tingkatan 4,5, 6 Rendah dan 6 Atas akan menjalankan peperiksaan Akhir Tahun/
Percubaan (2) SPM, STPM mulai 1 Oktober 2007.

2.4 Cuti Hari Raya Puasa
Pihak sekolah telah menetapkan Cuti Hari Raya Puasa bermula dari 12 Oktober hingga 21 Oktober 2007.

2.5 Konvokesyen Tingkatan 5 dan 6 Atas/Majlis Anugerah Kecemerlangan 2007
Konvokesyen Tingkatan 5 dan 6 Atas akan diadakan pada 6 November 2007 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada 7 November 2007.

2.6 Pendaftaran semula pelajar ke Tingkatan 1,2, 3, 5 dan 6 Atas 2008.
Pendaftaran semula untuk pelajar-pelajar tersebut diatas akan diadakan pada 9 November 2007.

4. Pihak sekolah berharap siaran ini boleh memberikan maklumat yang mencukupi untuk ibu bapa/penjaga membuat perancangan atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga adalah diperlukan dan dihargai dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

NG KIM HUAT
Pengetua
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu



***************************************************

2007-05-09

Kepada semua ibu bapa / penjaga pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

2. Berikut adalah maklumat tentang beberapa program yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada pihak ibu bapa / penjaga:

2.1 Kelas Tambahan
Kelas Tambahan akan dibatalkan buat sementara waktu seperti ketetapan berikut untuk memberi masa kepada pelajar membuat ulangkaji sebelum dan semasa peperiksaan

2.1.1 Tingkatan 6 Atas (STPM): 10 – 25 Mei 2007
2.1.2 Tingkatan 4 & 5 : 14 – 25 Mei 2007
2.1.3 Tingkatan 1, 2, 3 dan Kelas Peralihan: 17 - 25 Mei 2007

Kelas Tambahan akan disambung semula mulai 11 Jun 2007

2.2 Peperiksaan Penggal Pertama 2007
Peperiksaan tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

2.2.1 Tingkatan 6 Atas: 10 Mei 2007 – 25 Mei 2007
2.2.2 Tingkatan 4 dan 5: 14 Mei 2007 – 25 Mei 2007
2.2.3 Tingkatan 1, 2, 3 dan Kelas Peralihan: 18 Mei 2007 - 25 Mei 2007

2.3 Aktiviti Kokurikulum Mingguan (Hari Rabu)
Perjumpaan Persatuan/Kelab pada 9 Mei 2007 merupakan aktiviti kali terakhir untuk penggal 1 dan akan disambung semula pada 13 Jun 2007.

3. Masa pulang semasa peperiksaan adalah mengikut jadual biasa, iaitu Hari Isnin hingga Khamis ialah 1.40 tengahari dan Hari Jumaat ialah 12.00 tengahari. Pihak sekolah berharap siaran ini boleh memberikan maklumat yang mencukupi untuk ibu bapa/penjaga membuat perancangan atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga adalah diperlukan dan dihargai dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Sekian, terima kasih.


致:各位家长

亚庇中学活动通知

谨此告知,本校活动动向如下:

a) 补习班
考试在即,校方为了让学生有更充裕的时间进行温习,各级将于以下时间暂停进行补习班:
i) 大学先修班二年级 :2007年5月10日至25日
ii) 中四、中五 :2007年5月14日至25日
iii) 预备班、中一、中二、中三:2007年5月17日至25日

b) 2007年第一学期考试
考试时间如下:
i) 大学先修班二年级 :2007年5月10日至25日
ii) 中四、中五 :2007年5月14日至25日
iii) 预备班、中一、中二、中三:2007年5月18日至25日

c) 课外活动
本校课外活动将于2007年5月9日后暂停进行,并于2007年6月13日继续。

2. 考试期间,放学时间如下:
a)星期一至星期四:下午1时40分
b)星期五:中午12时

3. 校方冀望各位家长妥善安排孩子们的交通。

谢谢。



“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

NG KIM HUAT
Pengetua
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu




This article comes from Kota Kinabalu High School
http://kkhs.edu.my

The URL for this story is:
http://kkhs.edu.my/modules/news/article.php?storyid=14