Makluman Tentang Aktiviti Kokurikulum Tahun 2010

Date 2010/4/27 9:12:18 | Topic: Announcements and Notices

Pada setiap Rabu, semua pelajar dikehendaki hadir ke sekolah dengan memakai pakaian seragam unit beruniform lengkap. Pelajar yang tidak memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing akan diambil tindakan disiplin.

Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak lengkap seperti memakai T-shirt, walaupun T-shirt tersebut adalah untuk unit beruniform.

Pelajar yang menyertai unit beruniform Wushu, Karate dan Tae Kwan Do dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Pakaian seni pertahanan diri hanya boleh dipakai pada waktu kokurikulum dijalankan iaitu 2.15 hingga 4.30 petang.

Aktiviti kokurikulum tidak akan dijalankan semasa peperiksaan Semester 1 iaitu pada 19, 26 Mei 2010 dan 2 Jun 2010. Aktiviti kokurikulum hanya akan dimulakan semula pada 23 Jun 2010.


This article comes from Kota Kinabalu High School
http://kkhs.edu.my

The URL for this story is:
http://kkhs.edu.my/modules/news/article.php?storyid=119