PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2010

Date 2009/11/12 8:54:11 | Topic: Announcements and Notices

Kepada,

Semua Ibu Bapa / Penjaga Pelajar,
Tingkatan 1, Sesi 2010,
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

Tuan / Puan,

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2010

2. Dimaklumkan kepada tuan bahawa pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2010 akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat :Dewan Datuk Wong Tze Fatt, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

3. Sehubungan dengan itu, ibu bapa / penjaga pelajar diwajibkan hadir untuk mendaftarkan anak / jagaan tuan / puan pada masa yang ditetapkan. Ibu bapa / penjaga yang gagal mendaftarkan anak mereka pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dijamin tempat persekolahan selepas itu. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama untuk pendaftaran ialah :

a) Tiket Kemasukan daripada Jabatan Pelajaran Sabah (Asal)
b Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Pelajar (jika ada). (Asal dan salinan yang disahkan benar)
c) Sijil Lahir dan Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga. (Asal dan salinan yang disahkan benar)
d) Borang Pendaftaran Pelajar (SMM) mesti dilengkapkan.
e) Salinan slip gaji (yang disahkan benar)
f) Salinan keputusan UPSR (diserahkan kepada sekolah dalam masa 1 minggu selepas
keputusan diumumkan)
g) Jumlah bayaran (sila rujuk Penyata Pembayaran Pendaftaran)

• Semua ibu bapa wajib menghadiri taklimat yang disampaikan pada
Tarikh : 4 JANUARI 2010
Masa : 7.30 am

4. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen dan borang untuk tindakan ibu bapa / penjaga. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan didaftarkan.

Kerjasama dan perhatian tuan / puan dalam hal ini amatlah diharapkan.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

( NG KIM HUAT )
PENGETUA
SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU



This article comes from Kota Kinabalu High School
http://kkhs.edu.my

The URL for this story is:
http://kkhs.edu.my/modules/news/article.php?storyid=107