Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

Achievements : KEM TOWARDS EXCELLENCE SPM FASA 1 TAHUN 2019
on 2019/4/11 5:00:00 (121 reads)

Rujukan kami : XFE4021/ PENTD/100-3/01 ( )
Tarikh : 8 APRIL 2019
Kepada:
Ibu bapa / Penjaga dan Pelajar Tingkatan 5
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, SABAH.

KEM TOWARDS EXCELLENCE SPM FASA 1 TAHUN 2019

Dengan rasa hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah sangat peka akan prestasi para pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan meneruskan Program Peningkatan Prestasi seperti tahun – tahun lalu melalui Kem Towards Excellence Fasa 1 seperti di bawah:

Tarikh : 12 hingga 13 April 2019
Hari : Jumaat dan Sabtu
Masa : 7.00 pagi hingga 4.30 petang
Pakaian : Pakaian Sukan sekolah
Mata Pelajaran : Enam Mata Pelajaran Teras

3. Untuk tujuan pelaksanaan di atas, para pelajar akan diagihkan mengikut tahap pencapaian mata pelajaran berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018 yang lalu dan mereka akan dibekalkan dengan modul-modul pembelajaran semasa kem itu berlangsung.

4. Oleh itu saya amat berharap agar tuan/puan dapat menguruskan pengangkutan anak/jagaan tuan/puan sepanjang kem tersebut berlangsung. Bersama-sam ini disertakan borang maklum balas yang perlu dikembalikan kepada guru tingkatan selewat-lewatnya 10 April 2019.

5. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,




LIM LAI HONG
Pengetua Cemerlang,
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Borang Maklum Balas KTE Fasa 1, 2019---------------------------------------------------

Kepada Tuan Pengetua
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.

Saya.......................................................................................................No. K.P...........................................................
sedia maklum tentang KTE Fasa 1 untuk pelajar Tingkatan 5 yang dijadualkan pada 12 dan 13 April 2019 . Saya akan memastikan anak / jagaan saya --------------------------------------------------------------------------------------------dari tingkatan ..........................mengikuti kem tersebut seperti yang dijadualkan.


Tandatangan :............................................................ Tarikh: ............................ .
No telefon terkini ..........................................................


****Sebarang bertanyaan boleh hubungi di talian sekolah +(60-88) 211-788 ****

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search