Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

Announcements and Notices : Surat Siaran (3) 2016
on 2016/6/30 4:00:00 (531 reads)

Tarikh : 24 Jun 2016

Kepada,

Semua ibu bapa/penjaga pelajar,
Semua Guru dan AKP Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Tuan,

SURAT SIARAN (3) UNTUK MAKLUMAN TENTANG PEPERIKSAAN DAN PERJUMPAAN
IBU BAPA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

01. Ekspo Pendidikan STKK 2016 (ulangan)
Ekspo ini akan diadakan pada 29 Jun 2016 bermula dari 07.30 am hingga 02.00 pm bertempat di Dewan Wong Tze Fatt STKK. Sebanyak 60 buah IPTS dalam negara dan luar negara menyertai ekspo ini. Ibu bapa dijemput hadir untuk memperolehi maklumat yang disampaikan secara langsung sebagai persediaan untuk anak / jagaan tuan / puan melanjutkan pelajaran.
02. Sesi Perjumpaan Guru Dengan Ibu bapa 2016
Sesi perjumpaan ini akan diadakan pada 29 Jun 2016 (Rabu) dari jam 12.00 pm – 02.30 pm, di bilik darjah masing-masing. Ibu bapa / penjaga yang sah diwajibkan hadir pada masa yang telah ditetapkan dengan pakaian yang sesuai.
03. Cuti Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (ulangan)
Sekolah akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula dari 04 hingga 08 Julai 2016. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yang merayakan perayaan ini. Pelajar dikehendaki balik ke sekolah dalam keadaan kemas pada 11 Julai 2016.
04. Perjumpaan Aktiviti 1M1S dan Kokurikulum
Aktiviti 1M1S dan perjumpaan Kokurikulum akan disambung semula pada 11 Julai 2016 untuk aktiviti 1M1S dan 13 Julai 2016 adalah untuk perjumpaan Kokurikulum. Pelajar diminta membawa pakaian sukan sekolah untuk aktiviti tersebut.
05. Konsert Sekolah 2016

Konsert sekolah akan diadakan pada 30 Julai 2016 di Dewan Datuk Tze Fatt. Setiap pelajar dikehendaki menjelaskan RM10 bagi tiket konsert kepada guru kelas. Ibu bapa / penjaga turut dijemput hadir. Tiket tambahan boleh diperolehi melalui guru kelas dengan bayaran RM10 satu tiket.

06. Peperiksaan Pertengahan Penggal 2 Tahun 2016
Semua pelajar dikehendaki menduduki Peperiksaan Penggal 2 Tahun 2016 mulai 04 hingga 10 ogos 2016. Ibu bapa / penjaga diminta untuk memantau persediaan anak / jagaan tuan / puan demi kecemerlangan akademik mereka.


07. Program Towards Excellence PT3 dan SPM 2016
Sebagai langkah untuk membantu pelajar melonjakkan kecemerlangan pelajar dalam PT3 dan SPM. Pihak sekolah telah mengatur satu program berfokus dinamakan Program Towards Excellence PT3 dan SPM. Program ini akan dijalankan dalam dua fasa. Pelajar Tingkatan Tiga (terpilih) dan Tingkatan Lima (semua pelajar) wajib mengikuti program ini.
Fasa 1 akan diadakan pada 19-21 Ogos 2016 dan Fasa ke 2 pada 02-04 September 2016. Pihak sekolah berharap ibubapa akan memberikan kerjasama demi kecemerlangan anak / jagaan tuan / puan.
Satu sesi perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga pelajar Tingkatan 5 akan diadakan pada 05 Ogos 2016, jam 11.00 am hingga 12.00 pm bertempat di Auditorium. Semua ibu bapa / penjaga diwajibkan hadir ke sesi tersebut.
8. Tarikh Peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2016

Peperiksaan Tarikh
PT3 2016 10 – 13 Oktober 2016
SPM 2016 07 November – 06 Disember 2016
STPM 2016 – Penggal 3 07 – 10 November 2016
– Ulangan / Penggal 1 15 – 17 dan 21 November 2016
– Ulangan Penggal 2 22 – 24 dan 29 November 2016

9. Pihak sekolah berharap siaran ini boleh memberikan maklumat yang mencukupi untuk ibu bapa / penjaga bagi membuat perancangan atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga adalah sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah,




LIM LAI HONG
PENGETUA CEMERLANG
SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU

“ fail

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search