Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

KKHS Site News : SURAT SIARAN (4) UNTUK MAKLUMAN TENTANG CUTI-CUTI, PEPERIKSAAN DAN AKTIVITI SEKOLAH
on 2015/7/6 12:00:00 (777 reads)

Hari Perjumpaan Guru dengan Ibu Bapa/Penjaga STKK 2015
Semua ibu bapa/penjaga kepada pelajar STKK dijemput hadir ke sekolah untuk sesi perjumpaan dengan guru pada 09 Julai 2015 (Khamis) dari jam 11.00 am hingga 2.00 pm. Kehadiran ibu bapa/ penjaga adalah wajib.

Ekspo Pendidikan STKK 2015
Ekspo pendidikan yang melibatkan penyertaan lebih daripada 60 buah IPTA/IPTS akan diadakan di Dewan Datuk Wong Tze Fatt pada 09 Julai 2015 (Khamis) dari jam 8.00 am hingga 2.00 pm. Semua ibu bapa/penjaga dijemput untuk mengunjungi pameran tersebut.

Cuti Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015
Merujuk kepada surat siaran KPM dan JPN Sabah, pihak sekolah memohon cuti tambahan berganti untuk 15 Julai 2015. Oleh itu sekolah akan bercuti merayakan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 15 Julai hingga 21 Julai 2015. Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada 22 Ogos 2015 untuk kelas ganti.

Tarikh CutiJenis CutiTarikh GantiCatatan/Jadual Waktu
15 Julai 2015Cuti Berganti22 Ogos 2015Hari Rabu
16 Julai 2015Cuti PeristiwaTidak perlu ganti-
20 Julai 2015Cuti Berganti11/04/2015Sudah diganti
21 Julai 2015Cuti Berganti23/05/2015Sudah diganti


Kelas Tambahan Tingkatan 3, 5 dan 6
Program Pengayaan dan Pemulihan PT3 (Tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 5) yang dijalankan selepas waktu sekolah akan tamat pada 02/10/2015 (Tingkatan 3) dan 16/10/2015 (Tingkatan 5)

Program 1M1S Dan Aktiviti Kokurikulum. ( Perubahan tarikh Surat Siaran (3)
Program 1M1S akan disambung semula pada 27 Julai 2015 dan Aktiviti Kokurikulum pada 22 Julai 2015. Bagi pelajar Tingkatan 3, 5, 6 Atas, program 1M1S akan berakhir pada 24 Ogos 2015, manakala Aktiviti Kokurikulum berakhir pada 26 Ogos 2015. Bagi pelajar yang lain, program 1M1S akan berakhir pada 07 September 2015 manakala aktiviti kokurikulum akan berakhir pada 09 September 2015. .

Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan 2015. ( Perubahan tarikh Surat Siaran (3)
Sekolah akan mengadakan kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Ke 58 dari 22 hingga 24 Julai 2015. Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada hari-hari tersebut dalam pakaian sukan iaitu T-Shirt rumah sukan masing-masing dan seluar trek berwarna hitam, biru tua atau coklat.

Penilaian/Peperiksaan Penggal 2 Tahun 2015
Semua pelajar dikehendaki menduduki Peperiksaan Pertengahan Penggal 2 Tahun 2015 dari 03 hingga 07 Ogos 2015. Maklumat terperinci tentang Penilaian/Peperiksaan Dalaman dan Peperiksaan Awam sepanjang penggal 2 sesi 2015 akan diedarkan semasa sesi perjumpaan guru dengan ibu bapa/penjaga pada 09 Julai 2015.

Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2015
Cuti Pertengahan Penggal 2 sesi 2015 ialah dari 19 hingga 27 September 2015. Ibu bapa / pelajar sila pastikan anak/jagaan tuan/puan menggunakan waktu cuti ini dengan sebaik-baiknya.

Pihak sekolah berharap siaran ini boleh memberikan maklumat yang mencukupi untuk ibu bapa / penjaga bagi membuat perancangan atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga adalah amat dihargai.

” SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ”

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search