Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

KKHS Site News : Surat siaran (3) 2015
on 2015/6/20 9:10:00 (501 reads)

Peperiksaan Penggal 1 Tahun 2015
Semua pelajar dikehendaki menduduki Peperiksaan Penggal 1 seperti ketetapan yang berikut:-

TingkatanTarikh diadakan
Tingkatan Peralihan26 Mei – 29 Mei 2015
Tingkatan 1,2 dan 323 Mei – 29 Mei 2015
Tingkatan 4 dan 514 Mei – 29 Mei 2015


Perjumpaan Kokurikulum dan Aktiviti 1M1S
Aktiviti 1M1S dan perjumpaan Kokurikulum tidak akan dijalankan semasa peperiksaan Penggal 1 iaitu mulai 11 Mei sehingga 20 Julai 2015. Aktiviti ini akan disambung semula pada 22 Julai 2015.

Pertengahan Tahun Sesi Persekolahan 2015
Cuti pertengahan tahun sesi 2015 ialah dari 30 Mei hingga 14 Jun 2015. Ibu bapa / penjaga sila pastikan anak / jagaan tuan / puan menggunakan waktu cuti ini dengan sebaik-baiknya.

Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikan kekemasan diri anak-anak seperti pakaian seragam serta rambut mematuhi peraturan sekolah apabila kembali ke sekolah kelak. Pihak sekolah memandang serius terhadap trend pelajar lelaki yang memotong rambut mengikut fesyen rambut artis-artis dan bintang-bintang pemain bola sepak. Diingatkan bahawa potongan rambut selain daripada yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah melanggar peraturan sekolah. Ibu bapa / penjaga boleh merujuk kepada peraturan sekolah 2.12.1 (Bab 2), di muka surat 17 Buku Peraturan Sekolah bagi potongan rambut yang sesuai.

Tarikh Peperiksaan PT3, SPM, STPM 2015
PeperiksaanTarikh
PT3 201512-15 Oktober 2015
SPM 201502 November – 08 Disember 2015
STPM 2015 Penggal 2 (Tingkatan 6 ATAS)14 Mei – 21 Mei 2015


Cuti Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 17 dan 18 Julai 2015 (SIARAN ULANGAN)
Sekolah akan bercuti merayakan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 16 hingga 21 Julai 2015. Cuti Tambahan akan diganti seperti berikut :
Tarikh CutiJenis CutiTarikh GantiJadual waktu digunakan
16 Julai 2015Cuti PeristiwaTidak pelu ganti-
20 Julai 2015Cuti Berganti11 April 2015Isnin
21 Julai 2015Cuti Berganti23 Mei 2015Selasa


Pelajar dikehendaki kembali ke sekolah pada 22 Julai 2015.


Program-program lain:
ProgramTarikhTempat
Kejohanan Olahraga Tahunan22 – 24 Julai 2015Padang STKK
Ekspo Pendidikan09 Julai 2015Dewan/Bilik-bilik khas


Pihak sekolah berharap siaran ini boleh memberikan maklumat yang mencukupi untuk ibu bapa / penjaga bagi membuat perancangan atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga adalah sangat dihargai.

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search