Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

Announcements and Notices : SURAT SIARAN (2) 2015 UNTUK MAKLUMAN TENTANG CUTI-CUTI, PEPERIKSAAN DAN AKTIVITI SEKOLAH
on 2015/3/13 4:00:00 (1204 reads)

1.Ujian pertengahan Penggal 1 Tahun 2015
Semua pelajar dikehendaki menduduki Ujian Pertengahan Penggal 1 Tahun 2015 bermula daripada 7 Mac hingga 13 Mac 2015. Jadual waktu ujian akan diberikan kepada pelajar melalui guru kelas masing-masing


2. Cuti Pertengahan Penggal 1 Tahun 2015
Cuti Pertengahan Penggal 1 Tahun 2015 ialah dari 14 Mac hingga 22 Mac 2015. Ibu bapa/penjaga sila pastikan anak/jagaan tuan/puan menggunakan waktu cuti ini dengan sebaik-baiknya.


3. Perjumpaan Kokurikulum dan Aktiviti 1M1S
Aktiviti 1M1S dan perjumpaan Kokurikulum tidak akan dijalankan semasa Ujian Pertengahan Penggal 1 iaitu mulai 09 Mac 2015 sehingga cuti Pertengahan Tahun. Aktiviti ini akan disambung semula pada 23 Mac 2015.


4. Mesyuarat Agung PIBG 2015
Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2015/2016 akan diadakan pada 28 Mac 2015 jam 8.00 pagi. Semua ibu bapa/penjaga yang sah adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


5. Konsert STKK 2015
Konsert sekolah akan diadakan pada 25 April 2015. Setiap pelajar dikehendaki menjelaskan RM10 bagi tiket konsert kepada guru kelas. Ibu bapa/penjaga turut dijemput hadir. Tiket tambahan boleh diperolehi melalui guru kelas dengan bayaran RM10 satu tiket.


6.Sukantara STKK 2015
Sukantara STKK akan diadakan pada 7 dan 8 Mei 2015 di padang sekolah. Semua pelajar diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut dalam pakaian sukan sekolah. Surat siaran telah di edar kepada ibu bapa untuk tindakan yang sewajarnya.


7. Cuti Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 17 dan 18 Julai 2015
Sekolah akan bercuti merayakan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 16 hingga 21 Julai 2015. Cuti Tambahan akan diganti seperti berikut :-


16 Julai 2015 : Cuti Peristiwa - Tidak pelu ganti.
20 Julai 2015 : Cuti Berganti - Perlu diganti pada 11 April 2015 (menggunakan jadual waktu hari Isnin).
21 Julai 2015 : Cuti Berganti - Perlu diganti pada 23 Mei 2015 (menggunakan jadual waktu hari Selasa).

Pelajar dikehendaki kembali ke sekolah pada 22 Julai 2015.

8. Pihak sekolah berharap siaran ini boleh memberikan maklumat yang mencukupi untuk ibu bapa / penjaga bagi membuat perancangan atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga adalah sangat dihargai.

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search