Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

Announcements and Notices : Surat Siaran (4) Untuk Makluman Tentang Program STKK
on 2014/10/10 5:00:20 (774 reads)

Berikut adalah maklumat tentang beberapa program yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada pihak ibu bapa / penjaga.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014
Pelajar Ting. 3 akan menduduki PT3 bermula dari 13 hingga 16 Oktober 2014.
Sila semak jadual PT3 yang telah diedarkan kepada pelajar.

Kelas Tambahan Ting. 3, 5 dan 6 Atas
Kelas Tambahan PT3, SPM dan STPM yang dijalankan selepas waktu sekolah tamat pada 30 September 2014.

Program Selepas PT3
Pelajar Tingkatan 3 diwajibkan hadir ke sekolah seperti biasa untuk mengikuti Program selepas PT3.

Cuti Deepavali 2014
Sekolah akan bercuti sempena Hari Deepavali dari 22 hingga 24 Oktober 2014.
(23 Oktober ialah Cuti Peristiwa dan 24 Oktober ialah cuti berganti yang telah diganti pada 27 September 2014).

Konvokesyen Ting. 5 dan 6 Atas / Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014.
Konvokesyen Ting. 6 Atas akan diadakan pada 27 Oktober dan Konvokesyen Ting. 5 akan diadakan pada 28 Oktober 2014. Majlis Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada 29 Oktober 2014. Semua pelajar dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa.

Pendaftaran semula pelajar ke Ting. 1,2,3,4,5 dan 6 Atas 2015.
Penyerahan Laporan Kemajuan Pelajar dan Pendaftaran semula untuk pelajar-pelajar akan diadakan pada 30 Oktober 2014 (Khamis) dari jam 7.30 am hingga 12.00 pm. Pelajar dikehendaki datang ke sekolah dengan pakaian seragam yang penuh. Pelajar boleh pulang bersama ibu bapa setelah selesai pendaftaran.

Penyerahan Buku SPBT dan Bahan Koperasi Tahun 2015.
Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 31 Oktober 2014 dan berada di sekolah dari jam 7.00 am hingga 11.30 am bagi tujuan tersebut di atas.

Hari Terakhir Persekolahan Untuk Pelajar Ting. Peralihan, 1, 2 dan 3.
Hari Terakhir Persekolahan untuk pelajar Ting. Peralihan, 1, 2, dan 3, ialah 31 Oktober 2014 kerana bilik darjah di Blok C dan D digunakan sebagai pusat peperiksaan. Peperiksaan SPM dan STPM akan bermula pada 03 November 2014.

Program untuk pelajar Tingkatan 4
Pelajar Tingkatan 4 dikehendaki kembali ke sekolah dari 03 hingga 14 November 2014 untuk Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa semasa SPM dan STPM dijalankan.

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search