Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

KKHS Site News : SURAT SIARAN (3) UNTUK MAKLUMAN TENTANG CUTI-CUTI, PEPERIKSAAN DAN AKTIVITI SEKOLAH
on 2014/7/8 9:56:26 (748 reads)

Hari Perjumpaan Guru dengan Ibu Bapa/Penjaga STKK 2014
Semua ibu bapa/penjaga kepada pelajar STKK dijemput hadir ke sekolah untuk sesi perjumpaan dengan guru pada 10 Julai 2014 (Khamis) dari jam 11.00 am hingga 2.00 pm. Kehadiran ibu bapa/ penjaga adalah wajib.


Ekspo Pendidikan STKK 2014
Ekspo pendidikan yang melibatkan penyertaan lebih kurang 50 buah IPTA/IPTS akan diadakan di Dewan Datuk Wong Tze Fatt pada 10 Julai 2014 (Khamis) dari jam 8.00 am hingga 2.00 pm. Semua ibu bapa/penjaga dijemput untuk mengunjungi pameran tersebut.


Cuti Sempena Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2014
Sekolah akan bercuti merayakan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 26 Julai hingga 03 Ogos 2014. Pelajar dikehendaki kembali ke sekolah pada 04 Ogos 2014.


Program 1M1S Dan Aktiviti Kokurikulum
Program 1M1S akan disambung semula pada 11 Ogos 2014 dan Aktiviti Kokurikulum pada 13 Ogos 2014.

Bagi pelajar Tingkatan 3, 5, 6 Atas, program 1M1S akan berakhir pada 18 Ogos 2014, manakala Aktiviti Kokurikulum berakhir pada 20 Ogos 2014. Bagi pelajar yang lain, program 1M1S akan berakhir pada 08 September 2014 manakala aktiviti kokurikulum akan berakhir pada 10 September 2014.


Hari Persekolahan Ganti Cuti Deepevali 2014/Cuti Awal Muharram
Sekolah akan bercuti untuk perayaan Deepavali 2014 dari 22 hingga 24 Oktober 2014 sementara 25 Oktober 2014 (Sabtu) adalah merupakan Cuti Umum Awal Muharram. Cuti tambahan sempena perayaan Deepavali 2014 perlu diganti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:-




Tarikh CutiJenis CutiTarikh GantiJadual Waktu digunakan
23/10/2014Cuti PeristiwaTidak perlu ganti-
24/10/2014Cuti Berganti27/09/2014Jumaat


• Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada 27 September 2014 (Sabtu) dengan pakaian seragam sekolah yang lengkap.



Penilaian/Peperiksaan Penggal 2 Tahun 2014
Maklumat terperinci tentang Penilaian/Peperiksaan Dalaman dan Peperiksaan Awam sepanjang penggal 2 sesi 2014 akan diedarkan semasa sesi perjumpaan guru dengan ibu bapa/penjaga pada 10 Julai 2014.


Majalah Sekolah Edisi 2013
Majalah sekolah edisi 2013 sedang dalam proses percetakan. Sehubungan dengan itu, majalah sekolah tersebut akah diagihkan pada pertengahan bulan Ogos 2014.


Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2014
Cuti pertengahan penggal 2 sesi 2014 ialah dari 13 hingga 21 September 2014.


” SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ”

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search