Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

Announcements and Notices : Surat Siaran (1) 2013
on 2013/1/16 17:00:00 (635 reads)

Cuti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2013
Sekolah akan bercuti untuk Tahun Baru Cina bermula 9 Februari hingga 17 Februari 2013. Pelajar dikehendaki kembali ke sekolah pada 18 Februari 2013.


Hari persekolahan ganti cuti Tahun Baru Cina 2013
Cuti tambahan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 perlu diganti seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tarikh Cuti Jenis cuti Tarikh Ganti Jadual waktu digunakan
13/02/2013 Cuti Peristiwa Tidak perlu diganti
14/02/2013 Cuti Berganti 09/03/2013 Khamis
15/02/2013 Cuti Berganti 27/04/2013 Jumaat

- Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada 09 Mac dan 27 April 2013 dalam pakaian seragam sekolah.


Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum akan diadakan mulai 06 Februari 2013, iaitu setiap hari Rabu. Pelajar-pelajar mesti hadir ke sekolah dalam pakaian seragam unit beruniform dan hanya dibenarkan pulang pada jam 4:10 petang.


Program 1M1S
Aktiviti 1M1S akan diadakan mulai 25 Februari 2013 iaitu pada setiap hari Isnin. Pelajar-pelajar mesti membawa pakaian sukan untuk ditukar semasa aktiviti dijalankan dan hanya dibenarkan pulang pada jam 4:10 petang.


Ujian Pertengahan Penggal 1 Tahun 2013
Semua pelajar dikehendaki menduduki Ujian Pertengahan Penggal 1 Tahun 2013 yang dijangka akan bermula dari 18 Mac sehingga 22 Mac 2013.


Kelas Tambahan PMR, SPM dan STPM 2013
Pihak sekolah akan merancang kelas tambahan untuk kelas PMR, SPM dan STPM mulai Mac 2013 dalam usaha meningkatkan prestasi akademik pelajar. Senarai nama pelajar yang terpilih mengikuti kelas tambahan akan dimaklumkan dalam bulan Februari 2013

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search