Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

KKHS Site News : Surat Siaran (5) 2012
on 2012/10/8 2:34:49 (763 reads)

Surat Siaran (5) Untuk Makluman Tentang Program Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah maklumat tentang beberapa program yang memerlukan perhatian dan tindakan daripada pihak ibu bapa / penjaga.

2.1 Peperiksaan PMR 2012 untuk Ting. 3
Pelajar Ting. 3 akan menduduki peperiksaan PMR bermula dari 09 hingga 16 Okt. 2012. Sila semak jadual PMR yang telah diedarkan kepada pelajar.

2.2 Cuti Belajar untuk Ting. Peralihan, 1, dan 2
Oleh kerana bilik darjah di Blok A dan B digunakan sebagai pusat peperiksaan, maka pelajar Ting. Peralihan, 1, dan 2 diberikan cuti belajar dari 09 hingga 16 Okt. 2012. Pelajar dikehendaki kembali ke sekolah pada 17 Okt. 2012 untuk belajar seperti biasa.

2.3 Kelas Tambahan Ting. 3, 5 dan 6 Atas
Kelas Tambahan PMR, SPM dan STPM yang dijalankan selepas waktu sekolah sudah tamat untuk tahun ini.

2.4 Peperiksaan Akhir Tahun/Percubaan (2) SPM, STPM 2012 untuk pelajar Ting. Peralihan, 4, 5, 6 Rendah dan 6 Atas
Semua pelajar sedang menduduki peperiksaan sehingga 05 Okt. 2012 untuk Ting. Peralihan, 1, 2, 5 dan 12 Okt. 2012 untuk pelajar Ting. 4.

2.5 Program Selepas PMR
Semua pelajar Ting. 3 diwajibkan hadir ke sekolah seperti biasa untuk mengikuti program selepas PMR mulai 17 Okt. 2012.

2.6 Konvokesyen Ting. 5 dan 6 Atas / Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012.
Konvokesyen Ting. 5 dan 6 Atas akan diadakan pada 30 Okt. 2012 dan 31 Okt. 2012 manakala Majlis Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada 29 Okt. 2012.

2.7 Pendaftaran semula pelajar ke Ting. 1,2,3,4,5 dan 6 Atas 2013.
Pendaftaran semula untuk pelajar-pelajar tersebut di atas akan diadakan pada 01 Nov. 2012.

2.8 Hari Terakhir Persekolahan Untuk Pelajar
Hari Terakhir Persekolahan Untuk Pelajar Ting. Peralihan, 1, 2, 3,dan 4 ialah 02 Nov. 2012 kerana peperiksaan SPM dan STPM akan bermula pada 05 Nov. 2012.

2.9 Cuti Tambahan Berganti
25 Okt.2012 adalah cuti tambahan untuk Hari Raya Haji yang telah diganti pada 14 April 2012.

2.10 Pengembalian dan Penyerahan Buku SPBT
Tarikh pengembalian buku SPBT pelajar Ting.3 ialah 17 Okt. 2012 dan pelajar tingkatan yang lain ialah 24 Okt. 2012. Penyerahan buku SPBT tahun 2013 kepada pelajar akan dijalankan pada 2 Nov. 2012 (2 Nov. 2012 adalah hari persekolahan biasa)


3. Pihak sekolah berharap siaran ini boleh memberikan maklumat yang mencukupi untuk ibu bapa / penjaga membuat perancangan atau mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga adalah diperlukan dan dihargai dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search