Menu
Location & Contact Information

Jalan Bunga Raja Kayu off Jalan Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah,
Malaysia.

Principal:
Pn. Lim Lai Hong

Tel:
+(60-88) 211-788

Fax:
+(60-88) 219-373

Email:
[email protected]

Webmaster:
[email protected]

Click here for map location.

Announcements and Notices : PENDAFTARAN SEMULA PELAJAR LAMA SESI 2010
on 2009/11/12 8:49:52 (1052 reads)

Kepada,

Semua Ibu Bapa / Penjaga Pelajar Sesi 2010,
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

Tuan / Puan,

PENDAFTARAN SEMULA PELAJAR LAMA SESI 2010

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan kepada tuan bahawa pendaftaran pelajar LAMA bagi sesi 2010 akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Kelas yang akan ditentukan

3. Sehubungan dengan itu, ibu bapa / penjaga pelajar diwajibkan hadir bersama pelajar untuk mendaftarkan anak / jagaan tuan / puan pada masa yang ditetapkan. Ibu bapa / penjaga yang gagal mendaftarkan anak mereka pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dijamin tempat persekolahan selepas itu. Sila pastikan anak berpakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas. Sila merujuk kepada Penyata Pembayaran yang dikepilkan untuk menentukan jumlah bayaran yang diperlukan.

4. Disamping itu ibu bapa / penjaga dikehendaki memastikan Buku Teks (SPBT) dan buku perpustakaan sudah dikembalikan dan bayaran kelas tambahan dijelaskan. Bagi pelajar yang bermasalah disiplin, ibu bapa harus berurusan terus dengan Lembaga Disiplin Sekolah.

Kerjasama dan perhatian tuan / puan dalam hal ini amatlah diharapkan.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

( NG KIM HUAT )
PENGETUA
SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Search