MISI
Melahirkan pelajar STKK yang mahir dalam pencarian maklumat melalui pembacaan dan kemudahan teknologi.
VISI
Membudayakan penggunaan media dan teknologi pendidikan dalam kalangan warga Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
OBJEKTIF
Pusat Sumber STKK berhasrat untuk :
1. Melatih pelajar dalam memperoleh pengetahuan dan memupuk kemajuan kendiri melalui tabiat membaca.
2. Berkhidmat sebagai pusat pameran sumber berkualiti untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berbeza antara satu dengan lain.
4. Membantu para guru dan pelajar dalam usaha menghasil dan menilai pelbagai bahan pengajaran-pembelajaran.
Pusat Sumber Sekolah terdiri dari :
1. Perpustakaan
2. Bilik Multimedia
3. Pusat Akses
4. Bilik APD
5. Bilik-bilik khas
Bahan-bahan di perpustakaan:
1. Buku - fiksyen / Bukan fiksyen.
2. Bahan-bahan berkala - surat khabar, majalah, risalah, laporan tahunan.
3. Buku-buku rujukan - ensiklopedia, kamus, buku motivasi , buku-buku kerja dan hasil kerja pelajar ( projek ).
4. Komputer dan Internet.
5. Cakera Padat Mata Pelajaran.
6. PPSMI Teaching Courseware.
Alat-alat dan Kemudahan di Bilik Multimedia:
- Televisyen
- Video
- Projektor LCD
- Astro
- WIFI
Masa Operasi / Masa Pembukaan
Isnin - Jumaat:
7.00 pagi - 4.30 petang
Sabtu:
7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Cuti Umum:
Tutup
Keahlian
- Semua guru dan pelajar STKK
- Kakitangan bukan mengajar STKK
Aktiviti berterusan
Kempen Menaja Buku
- Sila menaja sebuah buku untuk perpustakaan STKK.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Cikgu Ronizah Ubi atau
Cikgu Lai Nyuk Pin
(Tel: 088-211788)
|